Persediaan Permohonan HALAL
Untuk Bisnes Makanan

Cubix Food membantu menyusun sistem jaminan halal, dokumen bahan mentah, rekod operasi dan persediaan audit dalaman sebelum proses pensijilan.

Nak Apply Halal

Pensijilan Halal Untuk Siapa?

Restoren dan kafe

Restoren & Kafe

Kilang dan pengilang makanan

Kilang & Pengilang Makanan

Dapur pusat

Dapur Pusat & Central Kitchen

Katering dan perkhidmatan makanan

Katering & Perkhidmatan Makanan

Apakah Cabaran Yang Sering Dihadapi?

1
Tak Tahu Nak Mula

Keliru dengan langkah pertama, dokumen asas dan keperluan permohonan halal.

2
Dokumentasi Belum Lengkap

SOP, rekod, borang, manual dan bukti sokongan belum tersusun.

3
Premis Belum Bersedia

Aliran operasi, kebersihan dan kawalan bahan belum memenuhi persediaan audit.

4
MYeHALAL Mengelirukan

Proses sistem, upload dokumen dan status permohonan sukar difahami.

Kenal Pasti Kategori Perniagaan Anda

Kategori mikro halal
Kategori SME halal
Kategori industri halal

Perjalanan Pensijilan Halal Anda

1

Perunding Halal

Kami berbincang dan menilai keperluan perniagaan anda untuk merangka strategi pensijilan halal yang tepat.

2

Penyediaan Dokumentasi

Kami menyediakan dokumen halal seperti HAS/IHCS, SOP, borang, rekod dan manual yang lengkap dan sistematik.

3

Audit Dalaman

Audit dalaman dijalankan bagi memastikan sistem dan dokumentasi mematuhi piawaian halal yang ditetapkan.

4

Pra-Penilaian

Kami menilai semakan akhir dan penilaian pra-audit bagi memastikan anda bersedia untuk audit pensijilan halal.

5

Permohonan MYeHALAL

Kami uruskan permohonan dan penghantaran dokumen melalui sistem MYeHALAL secara efisien dan tepat.

6

Audit JAKIM/MAIN

Kami akan bersama anda semasa audit oleh pihak berkuasa dan membantu menjawab sebarang pertanyaan juruaudit.

7

Tindakan NCR (Jika Ada)

Jika terdapat Non-Conformance Report (NCR), kami bantu sediakan tindakan pembetulan dan hantarkan kepada pihak berkuasa.

8

Sijil Halal Diperoleh

Tahniah! Pensijilan halal berjaya diperoleh dan perniagaan anda kini diiktiraf serta lebih diyakini oleh pelanggan.